Tarikh | 21 Julai 2018 |
Masa | 2.00ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | Bilik Latihan PI1M Kampung Lebor |
Peserta | 7 |
Tujuan
Mempromosikan aktiviti di PIM yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PIM. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PIM Kg Lebor. Menambah kefahaman peserta dalam menggunakan perisian komputer serta menambah keahlian PIM sedia ada.
Aktiviti
Pelajar petugas menerangkan kepada peserta bagaimana menggunakan Microsoft Office Word. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Petugas menerangkan fungsi papan kekunci bagi memudahkan para peserta menaip. Para peserta memahami cara untuk menggunakan perisian tersebut. Seterusnya peserta melaksanakan latihan menaip yang diberikan untuk menguji tahap kefahaman mereka dan kepantasan mereka dalam menaip.