* MINI MUZIUM *

 

Mini muzium ini terletak di kampung lebor. Ianya dikenali sebagai rumah budaya Kampung Lebor. Muzium tersebut terletak bersebelahan sungai dan perpustakaan kampung. Mini Muzium tersebut adalah tempat untuk menyimpan khazanah lama seperti tengkorak , daun pintu berukir dan lembing. Muzium ini dibuka setiap tahun apabila upacara miring di lakukan pada setiap 22 mei atau sebelum.

 

* BUAYA TANAH *

Pada zaman dahulu, buaya tanah dibuat oleh kaum Lun Bawang (dulu dikenali sebagai Murut) yang bermastautin di Daerah Lawas, Brunei dan Kalimantan Timur (Daerah Murut) dan Lun Dayeh di Long Pa' Sia (Sabah) sebagai salah satu acara yang dikenali nuwi ulung untuk menanda kejayaan selepas memburu kepala. Ia juga dibina sebagai penanda sempadan dan diselangseli dengan pokok buluh. Buaya tanah seperti ini masih dapat ditemui di kawasan pendalaman di daerah-daerah tersebut tadi. Sepasang buaya tanah seperti juga terdapat di Ulu Putai, Baleh.

Menurut penduduk tempatan, ia dibuat sebagai simbol keamanan di antara mereka dan kerajaan Brunei sebelum era Brooke. Sebahagian daripada kepala dan anggota tangan / kaki dibuat dari tanah lumpur yang dibawa menggunakan perahu daripada Brunei. Perjalanan tersebut memakan masa selama dua hari. Lain-lain pemberian adalah seperti daun pintu berukir dan lembing yang kini disimpan di rumah budaya di Kampung Lebor.

 

* RAFFLESIA *

Bunga ini baru sahaja dijumpai oleh seorang penduduk Kampung Lebor yang pergi memburu di atas bukit beberapa tahun yang lepas. Penemuan bunga ini telah disebarkan dan ada beberapa jabatan yang telah pergi untuk melihat sendiri kebenaran tersebut. Sampai sekarang bunga ini masih ada di atas bukit cuma tidak diluaskan.

 

 * SUNGAI * 

salah satu sungai yang terdapat dan berdekatan..banyak lagi sungai yang terdapat di kampung ini sebagai pusat reakrasi 

 

* MERIAM *

Meriam ini selalu dijadikan simbol untuk penunjuk arah, meriam ini juga selalu dijadikan tempat untuk mereka yang datang ke kampung ini bergambar.