Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari cara membuat origami mengikut panduan youtube. Meningkatkan pengetahuan para peserta dalam penggunaan laman web youtube sekaligus meningkatkan kemahiran para peserta dalam keusahawanan.

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Lebor dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Web iaitu Youtube kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari kemahiran keusahawanan membuat origami secara individu.

Gambar ada disini