LAPORAN OKTOBER
Tarikh | 7 Oktober 2019 |
Masa | 4.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | PI Kg Lebor |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya berwaspada ketika berkongsi sesuatu maklumat. Tidak semua perkara perlu dikongsi jika tidak pasti kesasihan maklumat tersebut.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Tidak Pasti Jangan Kongsi. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan berhemah dan memastikan maklumat yang diterima adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.