Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam pembangunan laman web melalui permainan pendidikan seperti Wordsearch Puzzles secara online. Selain meningkatkan pengetahuan peserta dalam ICT, latihan ini dapat melatih peserta untuk berfikir serta menguji ketajaman minda dalam mencari perkataan yang tersembunyi. Tambahan lagi, peserta dapat menambah dan mengenali perbendaharaan kata yang baru dalam bahasa Inggeris.

Aktiviti

Peserta diberi penerangan oleh petugas cara untuk mencari kata kunci di enjin carian. Peserta di beri arahan cara untuk bermain wordsearch puzzles dalam tempoh yang diberikan. Peserta dibenarkan untuk berbincang dan bertanya. 

Gambar ada disini