LAPORAN OKTOBER 2023

Tarikh

6 OKTOBER 2023

Masa

8.30 pagi - 10.30 pagi

Lokasi

PEDI Kg Lebor

Peserta

18 Orang

 

Tujuan

Program bersama pelajar Tabika KEMAS Kg Lebor ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar tabika dengan ICT. Peserta diperkenalkan dengan kompenan asas komputer. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk mewarna secara digital. Mewarna secara digital ini bertujuan untuk mengajar peserta cara mengguna dan mengawal tetikus dengan betul. Disamping itu, pelajar juga diarahkan mewarna gambar seekor kura-kura dengan menggunakan pensil warna yang disediakan oleh guru mereka.

Aktiviti

1. Penerangan kepada peserta cara menggunakan dan mengawal tetikus.
2. Mewarna secara digital.
3. Mewarna gambar kura-kura dengan kemas dan cantik.