Laporan Febuari - Bengkel Pemerkasaan ICT JKKK Bahagian Serian
Tarikh: 6 Mac 2018
Masa: 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi: Bilik Latihan PI1M Kg Lebor
Peserta:11 Orang
Bengkel Pemerkasaan ICT JKKK Bahagian Serian (PI1M Kg Lebor) ini adalah program kerjasama dengan pihak Residen Daerah Serian
Tujuan
Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan asas untuk menaip kepada pada peserta JKKK.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan mengenai Microsoft Word.Mereka diminta untuk membuat latihan asas sebagai pengenalan.
Selepas itu barulah mereka diperkenalkan tujuan sebenar bengkel ini diadakan, Setiap para peserta diberi setiap komputer untuk membuat latihan.
Sesi soal jawab juga diadakan dihujung bengkel.
Laporan Febuari - Bengkel Pemerkasaan ICT JKKK Bahagian Serian
Tarikh: 2 Mac 2018
Masa: 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi: Bilik Latihan PI1M Tebedu
Peserta:4 Orang
Bengkel Pemerkasaan ICT JKKK Bahagian Serian (PI1M Kg Tebedu) ini adalah program kerjasama dengan pihak Residen Daerah Serian
Tujuan
Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan asas untuk menaip kepada pada peserta JKKK.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan mengenai Microsoft Word.Mereka diminta untuk membuat latihan asas sebagai pengenalan.
Selepas itu barulah mereka diperkenalkan tujuan sebenar bengkel ini diadakan, Setiap para peserta diberi setiap komputer untuk membuat latihan.
Sesi soal jawab juga diadakan dihujung bengkel.
Laporan Febuari - Pengenalan Asas Internet
Tarikh: 5 Februari 2018
Masa: 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi: Bilik Latihan PI1M Kg Lebor
Peserta:5 Orang
Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk membuat ulangkaji pelajaran
Tujuan
Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dan membuat ulangkaji pelajaran. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Kg Lebor. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada.
Aktiviti
Peserta diajar cara membuka internet dengan "browser CHROME". Membuka laman web yang memberi info berkenaan ilmu yang telah mereka pelajari di sekolah
Laporan Febuari - Latihan Mewarna Online
Tarikh: 7 Februari 2018
Masa: 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi: Bilik Latihan PI1M Kg Lebor
Peserta:6 Orang
Peserta diajar bagaimana membuka laman web mewarna secara online iaituwww.coloringpages4u.com bagi memulakan aktiviti.
Tujuan
Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Kg Lebor serta menambah keahlian PI1M sedia ada. Menguji kemahiran dan daya kreativiti peserta dalam memilih warna yang sesuai dipadankan dengan sesuatu objek.
Aktiviti
Peserta diminta untuk membuka laman web yang disediakan oleh petugas. Selepas itu, mereka diajar bagaimana menggunakan aplikasi tersebut dengan cara yang betul untuk menghasilkan satu warna lukisan yang menarik. Seterusnya peserta melaksanakan aktiviti tersebut mengikut tema yang telah dipilih.Peserta akan diberi perluang untuk membuat latihan mewarna 3 kali setiap seorang.
Laporan Januari - Kursus Asas ICT - Microsoft Excel
Tarikh: 20 Januari 2018
Masa: 9.30 petang - 11.30 petang
Lokasi: Bilik Latihan PI1M Kg Lebor
Peserta:9 Orang
Memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai kegunaan / fungsi dan cara menggunakan Microsoft Excel.
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft, kepada para peserta terutamanya Microsoft Excel. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Excel bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Peserta juga diberi ceramah mengenai klik dengan bijak dan laman web dashboard komuniti.Selepas mengikuti ceramah peserta diadakan kuiz bagi menguji tahap kefahaman mereka.
Aktiviti
Kelas Microsoft Excel
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Excel di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft excel. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Excel. Peserta dipandu cara untuk menggunakan table, menggunakan fungsi seperti autu sum, average dan minus. Mereka begitu teruja selepas megusai ilmu tersebut.