Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan peserta kepada penyuntingan (edit) asas imej menggunakan webpage PicsArt. Aktiviti ini mengalakkan eksplorasi sendiri fungsi-fungsi yang terdapat pada webpage tersebut. Melalui kelas ini peserta dapat meningkatkan kemahiran asas ICT peserta.

 

Aktiviti

Antara aktiviti peserta adalah menukarkan background imej kepada background yang diingini dan meletakkan perkataan pada imej. Peserta juga meletakkan sticker pada imej dan menukar lighting pada imej. Peserta dibenarkan menyunting imej mengikut kreativiti masing-masing.  

Gambar ada disini

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran keusahawanan peserta. Menambah kemahiran peserta dalam solekan.  

Aktiviti

Peserta belajar makeup berdasarkan tunjuk ajar daripada jurusolek. Jurusolek memperkenalkan peralatan-peralatan yang digunakan.

 

Gambar ada disini

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk melatih peserta cara menggunakan Youtube untuk mencari maklumat yang berfaedah seperti video yang berunsur nasihat seperti video Klik Dengan Bijak dan video yang berkaitan dengan pembelajaran di sekolah. Kelas ini juga bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada penggunaan yang betul. 

Aktiviti

Peserta diajar untuk membukaYoutube dan mencari video Klik Dengan Bijak melalui carian enjin. Peserta menjawab kuiz yang diberikan berdasarkan petikan yang diberikan. Sesi soal jawab bersama peserta dan petugas. Peserta dibenarkan membuka video-video yang berfaedah setelah peserta selesai menjawab kuiz. 

Gambar ada disini

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang masalah jenayah siber dan cara-cara menangani masalah tersebut. 

Aktiviti

Aktiviti sampingan:

1. Kuiz KDB

2. Aktiviti berkumpulan bertajuk cara-cara menangani Masalah Jenayah SIber.

Gambar ada disini

 

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan dan memperkenalkan peserta kepada perkakasan asas komputer. Melatih dan menguji peserta dalam penguasaan kosa kata dalam Bahasa Melayu serta menguji pengetahuan peserta tentang perkakasan komputer. 

 

Aktiviti

Peserta diajar untuk membuka MS Word dan notepad. Peserta menulis dan mengeja perkataan yang disebut oleh petugas pada Ms Word. Sesi soal jawab bersama peserta dan petugas. 

Gambar ada disini