Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk melatih peserta untuk memupuk kemahiran peserta dalam penguasaan komputer. Mendedahkan peserta kepada pembelajaran secara online. Meningkatkan kesedaran kepada peserta tentang keselamatan melayari internet. 

 

Aktiviti

Peserta diajar untuk membuka laman web mewarna online. Peserta memilih gambar lukisan mengikut pilihan tema yang diberi. Peserta mewarna mengikut kreativiti masing-masing. Sesi soal jawab bersama peserta dan petugas.

Gambar ada disini

 

 

Tujuan 

Kelas ini bertujuan untuk melatih peserta untuk menaip dengan mengunakan kedua-dua belah tangan dan jemari. Aktiviti ini melatih peserta untuk menaip dengan pantas mengikut masa yang diberi semasa bermain permainan. Melalui permainan ini peserta dapat menguji ketajaman minda. Penggunaan permainan dalam pembelajaran ICT adalah untuk menarik minat peserta untuk terlibat dalam latihan ICT.   

Aktiviti

Peserta diarah untuk mencari Kidztype pada enjin carian Google. Petugas menerangkan arahan permainan kepada peserta. Peserta diarah untuk mencuba satu permainan yang disaran. Peserta dibenarkan untuk memilih permainan yang dikehendaki. 

Gambar ada disini

 

Tujuan

Memperkenalkan Ms Office Power Point kepada peserta. Mendedahkan kegunaan fungsi-fungsi asas yang terdapat di Power Point. Mengalakkan peserta untuk mengubah slide power point yang menarik mengikut kreativiti masing-masing. 

Aktiviti

Peserta diarah untuk mencari lirik lagu kegemaran di Google. Peserta menyalin dan meletakkan lirik lagu tersebut pada slide Power Point. Peserta menukarkan saiz, jenis tulisan dan latar belakang slide mengikut warna dan design kesukaan masing-masing. Peserta diberi kebebasan untuk mengubah slide mengikut kreativiti masing-masing. 

Gambar ada disini

 

Tujuan

Mendedahkan pelajar lepasan sekolah cara untuk membuat resume dengan menggunakan Ms Office Word. Membantu memperbaiki dan menambahbaik resume yang sedia ada. Mendedahkan cara penulisan yang betul kepada peserta.  

Aktiviti

Peserta diperkenalkan kepada contoh resume yang terkini. Peserta menaip maklumat peribadi, akademik dan penglibatan kokurikulum pada Ms Word mengikut turutan pada template resume yang diberi. Peserta mengubahsuai design resume mengikut pilihan sendiri. Peserta mengikut saiz dan jenis tulisan yang disarankan oleh petugas. 

Gambar ada disini

 

Tujuan

Meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan Ms Office Word dan melatih peserta untuk menaip. Mendedahkan fungsi-fungsi yang ada dalam Ms Office Word seperti Bold, Italic, Center dan Border. Mengalakkan peserta menggunakan fungsi-fungsi yang lain.

Aktiviti

Peserta diarah untuk menaip lirik lagu yang diberi. Peserta menyunting petikan lirik lagu mengikut fungsi seperti Bold, Center, Italic dan Border. Peserta menukar saiz dan jenis tulisan. Peserta dibenarkan untuk mengubah petikan lirik lagu mengikut kreativiti masing-masing. 

Gambar ada disini