LAPORAN DISEMBER
Tarikh | 9 Disember 2019 |
Masa | 2.30 ptg - 3.30 ptg |
Lokasi | PI Kg Lebor |
Peserta | 7 Orang |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ICT peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta dapat mengetahui dan mengenali pembelajaran secara elektronik. Peserta juga dapat mengenali kuiz online sebagai salah satu cara ataupun platform untuk mengulang kaji pelajaran. Melalui aktiviti peserta juga dapat menguji pengetahuan dan kemahiran berfikir peserta itu sendiri.
Aktiviti
Petugas menerangkan kepada peserta berkenaan penggunaan e-pembelajaran dan kuiz online. Peserta melayari laman web kuiz online mengikut turutan arahan daripada petugas. Peserta menjawab kuiz online dan dibenarkan berbincang dan bertanya.
LAPORAN DISEMBER
Tarikh | 8 Disember 2019 |
Masa | 2.30 ptg - 3.30 ptg |
Lokasi | PI Kg Lebor |
Peserta | 8 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam pembangunan laman web melalui permainan pendidikan seperti Wordsearch Puzzles secara online. Selain meningkatkan pengetahuan peserta dalam ICT, latihan ini dapat melatih peserta untuk berfikir serta menguji ketajaman minda dalam mencari perkataan yang tersembunyi. Tambahan lagi, peserta dapat menambah dan mengenali perbendaharaan kata yang baru dalam bahasa Inggeris.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas cara untuk mencari kata kunci di enjin carian. Peserta di beri arahan cara untuk bermain wordsearch puzzles dalam tempoh yang diberikan. Peserta dibenarkan untuk berbincang dan bertanya.
LAPORAN OKTOBER
Tarikh | 18 Oktober 2019 |
Masa | 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Lokasi | PI Kg Lebor |
Peserta | 8 Orang |
Tujuan
Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PIM. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PIM Kg Lebor. Menambah kefahaman peserta dalam menggunakan perisian komputer serta menambah keahlian PI sedia ada.
Aktiviti
Pelajar petugas menerangkan kepada peserta bagaimana menggunakan Microsoft Office Word. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Petugas menerangkan fungsi papan kekunci bagi memudahkan para peserta menaip. Para peserta memahami cara untuk menggunakan perisian tersebut. Seterusnya peserta melaksanakan latihan menaip yang diberikan untuk menguji tahap kefahaman mereka dan kepantasan mereka dalam menaip.
LAPORAN NOVEMBER
Tarikh | 23 November 2019 |
Masa | 7.00 pg - 1.00 ptg |
Lokasi | PI Kg Lebor |
Peserta | 132 Orang |
Tujuan
Memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti setempat. Mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti kampung, agensi,JKKK dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat. Mewujudkan komuniti mesra ICT untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih dan selamat.
Aktiviti
Peserta diberi ceramah dan taklimat berbentuk tayangan slide dan tayangan video daripada agensi jemputan seperti:
1. Ceramah dan pameran daripada Klinik Pergigian Bahagian Serian
2. Ceramah daripada JPJ Serian
3. Ceramah daripada Polis Bahagian Serian
4. Ceramah daripada Great Eastern Takaful.
5. Taklimat daripada Curtin University
6. Pertandingan Mewarna Poster Kesihatan (Dewasa)
7. Zumba
LAPORAN OKTOBER
Tarikh | 10 Oktober 2019 |
Masa | 2.00 ptg - 3.00 ptg |
Lokasi | PI Kg Lebor |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya berwaspada ketika berkongsi sesuatu maklumat. Tidak semua perkara perlu dikongsi jika tidak pasti kesasihan maklumat tersebut.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Tidak Pasti Jangan Kongsi. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan berhemah dan memastikan maklumat yang diterima adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.